KELAS NADI MAHIR MASAK MINGGU 13 (MEXICAN BUN)

7 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 07 April 2026, telah berlangsung Kelas NADI MAHIR MASAK secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 2 jam, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 11:00 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus NADI MAHIR MASAK pada minggu ini adalah amali pembuatan mexican. Tenaga pengajar mahir menunjukkan cara membuat mexican bun dan topping mexican bun. Seterusnya, tenaga pengajar turut memberi penerangan topik minggu seterusnya kepada peserta.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali